6 sebab kenapa website penting untuk bisnes anda?

Sebelum itu, izinkan saya bertanya adakah anda tau apa itu website?

Website merupakan sebuah platform secara online. Untuk bisnes sangat disyorkan untuk anda menggunakan domain .com, .com.my ataupun .my untuk website anda. Website bisnes anda adalah ibarat sebuah kedai dan juga ‘salesman’ anda secara tidak langsung.

Segala penerangan produk, harga serta transaksi jualan produk anda, boleh berlaku dalam 24 Jam. Ini bermakna walaupun anda sedang tidur atau sedang korek hidung. Oh!

Jika anda mempunyai bisnes tetapi tidak mempunyai website, sebenarnya agak sedikit kesian kat anda. Kerana anda baru sahaja ‘melepaskan’ banyak kelebihan yang ada pada website.

Sebagai usahawan, kita perlu tau details setiap data pelanggan kita. InsyaAllah dengan memiliki website, anda akan dapat membaca segala data pelanggan.

Nak tau 6 sebab kenapa website penting untuk bisnes anda?

1) KOS EFEKTIF
Segala pembelian adalah secara online di website. Secara tak langsung, anda boleh tau produk yang laku dan yang kurang laku. Malahan anda boleh lihat untung dan rugi. Pengurusan stok juga menjadi lebih teratur.

2) KEDAI BUKA 24 JAM
Berbeza dengan kedai berbentuk fizikal atau secara offline. Kedai perlu dibuka mengikut had masa. Website pula, anda boleh biarkannya bekerja untuk anda 24 Jam tanpa henti.

Tugas anda?

Tarik sebanyak mungkin trafik yang ada ke laman web. Bayangkan jualan anda boleh berlaku di media sosial seperti FB dan website secara 24 jam.

3) KESELESAAN BUAT PELANGGAN
Betapa indahnya pelanggan dan bakal pelanggan anda, sedang silang kaki di atas sofa yang empuk. Kemudian sambil makan keropok, dia masuk web anda dan ‘TER’beli produk anda. Sekali pelanggan anda percayakan bisnes anda, insyaAllah mereka akan datang lagi.

4) KREDIBILITI SEMAKIN TINGGI
Apabila bisnes anda mempunyai website, secara tak langsung anda sedang membina kepercayaan kepada bakal pelanggan. Letaklah segala testimonial pelanggan2 sebelum ini yang puas hati dengan produk anda.

Ianya dapat meningkatkan kredibiliti bisnes anda. Ini belum lagi, kalau produk anda pernah memasuki media atau pernah mendapat pencapaian tertinggi. Tinggi kepercayaan orang terhadap website kita, insyaAllah makin tinggi kredibiliti bisnes kita.

5) BOLEH MELONJAKKAN JUALAN.
Setiap bisnes mesti nak jualan yang memberansangkan. Semuanya bergantung kepada kita dan diatas izin Allah S.W.T juga.

Dengan data yang anda ada pada website, anda boleh melihat pencapaian jualan keseluruhan bisnes dan produk anda. Disini, anda boleh memantau setiap jualan.

6) PEMASARAN BERTERUSAN
Trafik yang banyak ke website, akan memberikan anda impak yang positif! Bisnes anda akan mempunyai pemasaran secara berterusan. Ini belum lagi termasuk konsep viral.


  hi@ecommercesuper.com       019-2523454

2016 - Hak Cipta Terpelihara - EcommerceSuper.com