10 Kelebihan Ecommerce Untuk Bisnes

Penggunaan web ecommerce semakin meluas di negara kita, Malaysia. Lihat saja, terdapat beberapa jenama ecommerce terkenal seperti Lazada, Zalora, AliBaba dan banyak lagi. Ini menunjukkan bahawa rakyat malaysia kini semakin percaya dan berani untuk membuat pembelian secara online.

Adakah anda sudah mempunyai web ecommerce untuk bisnes anda?

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda, 10 kelebihan ecommerce yang mampu memberi impak yang sangat power kepada bisnes anda.

1. Sasaran Meluas

Menggunakan ecommerce, sasaran pelanggan anda adalah lebih meluas. Anda boleh sasarkan pelanggan di seluruh negeri, seluruh negara mahupun seluruh dunia. Oh! Bayangkan kalau anda mempunyai butik pakaian wanita pula. Pelanggan anda, boleh membeli produk anda di butik, mahupun secara online.

2. Mudah Bakal Pelanggan Mencari DI Search Engine

Kebanyakkan orang, apabila ingin membuat carian, biasanya mereka akan cari di search engine. Search engine? Search engine yang paling popular buat masa ini adalah Google. Ha, pasti anda dah tau apa itu search enginekan?

Apabila bisnes anda mempunyai laman web, maka dengan lebih mudah web anda turut tersenarai didalam search engine.

3. Kos Lebih Rendah

Kos untuk memiliki sebuah web ecommerce adalah jauh lebih rendah. Tidak seperti membuka sebuah kedai secara offline.

4. Mencari Produk Lebih Cepat

Ecommerce adalah ibarat e-katalog untuk bisnes kita. Memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan produk-produk yang kita niagakan. Mereka juga lebih mudah untuk membuat perbandingan sesuatu produk.

5. Jimatkan Masa & Kos Perjalanan

Pelanggan anda juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Mereka boleh melihat apa yang anda jual di komputer mahupun menggunakan smartphone. Malahan mereka boleh terus beli produk anda!.

6. Mudah Membuat Pilihan

Pelanggan juga lebih mudah membuat pilihan apa yang anda jual.

7. Transaksi, Promosi, Kupon & Pembelian Secara Pukal.

Anda boleh memberi pilihan kepada pelanggan untuk membeli barang secara promosi, kupon diskaun ataupun pembelian secara pukal. Ecommerce anda juga boleh buka sistem agen dan sistem dropship.

8. Memberikan Banyak Informasi

Setiap produk yang anda jual, akan diberikan “penerangan produk” kepada pelanggan. Pelanggan akan membuat pilihan untuk membeli ataupun tidak apabila mereka faham apa yang anda tawarkan kepada mereka.

9. Memudahkan Komunikasi Bisnes

Komunikasi juga akan menjadi lebih effisien dan pantas. Malahan segala transaksi boleh berlaku walaupun anda sedang tidur. Kerana segalanya sistem yang uruskan.

10. Buka Sepanjang Waktu (24 Jam 7 Hari Seminggu)

Kalau anda buka kedai secara fizikal, anda terhad untuk membuka mengikut waktu yang ditetapkan. Tetapi jika anda mempunyai ecommerce untuk bisnes anda, “kedai online” anda akan sentiasa terbuka dan bersedia menerima pelanggan 24 Jam 🙂


  hi@ecommercesuper.com       019-2523454

2016 - Hak Cipta Terpelihara - EcommerceSuper.com